YURAN PENDAFTARAN RM50 & DANA PENDIDIKAN TINGGI RM1000 & SPECIAL ALLOWANCE BERNILAI RM1000 DITAWARKAN UNTUK PENGAMBILAN OGOS 2014 INI..

Sunday, 24 July 2011

Diploma Pengurusan Hotel

PENGENALAN

Diploma Pengurusan Hotel adalah salah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan bidang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan. Diploma Pengurusan Hotel KLMU menggabungkan pelbagai aktiviti dimana fokus utama adalah dalam bidang pengurusan hotel dan restoran, pengurusan kaunter hadapan, pengurusan bilik dan juga bahagian pemasaran yang menjurus kepada pemasaran hotel. Penilaian dilakukan merangkumi aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang menginginkan para graduan yang berkualiti dan berkemahiran dalam bidang ini.

Bidang ini memfokus kepada:
  • Menawarkan pelajar untuk memahami aspek operasi dalam industri hotel antarabangsa
  • Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam kemahiran interpersonal, teknikal dan kemahiran komputer sejajar keperluan industri
  • Memberi pengetahuan dan pemahaman mendalam berkaitan aspek penyeliaan dalam kepelbagaian pelaksanaan dalam industri hospitaliti
  • Memberi pendedahan pendedahan bagaimana mengendali operasi kaunter hadapan, pengemasan, makanan dan minuman, pemasaran dan jualan, konferens dan katering
  • Melahirkan graduan yang fokus kepada trend semasa dan isu etika dalam industri hospitaliti

PROSPEK KERJAYA

Graduan boleh menceburi pelbagai industri seperti pengurusan hotel dan restoran, persediaan makanan syarikat penerbangan dan perkhidmatan kabin, pentadbir hospital dan persediaan makanan, pengurusan kapal persiaran, pengurusan kelab, persatuan pelancongan dan hotel, pengurus lembagaan dan perkhidmatan makanan dan hotel.

Peluang pekerjaan sebagai Pengurus Front Office(Kaunter Hadapan), Pengawas Front Office(Kaunter Hadapan), Penolong Infomasi, Resepsionis, Ketua Jaga Pintu, Kapten Loceng, Kapten Valet dan Pengurus Tempahan.