Thursday, 20 August 2015

Diploma Pengurusan Pelancongan

PENGENALAN

Pertumbuhan sektor Pengurusan Pelancongan pada hari ini mewujudkan permintaan yang tinggi. Jurusan ini membangunkan pemahaman menyeluruh di dalam industri pengurusan acara dan konvensyen.

MATLAMAT KURSUS
  • Kursus ini akan membolehkan pelajar untuk mendalami ilmu industri pelancongan yang menumpukan kepada operasi pelancongan berdasarkan sistem tempahan berkomputer, pemasaran dan pembangunan produk. Program yang ditawarkan selaras industri dan dimanfaatkan di dalam kerjaya profesional.
  • Kursus ini akan membangunkan pelbagai kemahiran pengurusan dalam operasi pelancongan, pemasaran dan pembangunan produk.
  • Menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang mengkhusus terhadap pengurusan operasi atau pemasaran dan pembangunan produk.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap aspek teori, kemahiran penyelidikan dan praktikal yang diperlukan bagi memahami isu di dalam pelancongan. Pengetahuan yang diperolehi pelajar ini adalah bagi menangani dan menghadapi keperluan dan trend sektor pada masa kini.
  • Memastikan pelajar memiliki pemahaman yang meluas agar dapat memainkan peranan yang berkesan di dalam bidang pelancongan di seluruh dunia. Kursus ini juga membolehkan mereka melaksanakan penyelidikan tentang industri pelancongan serta merefleksikan diri kepada seni, budaya dan/atau warisan setempat

PELUANG PEKERJAAN

  • Perunding Pelancong/Tempahan dan Pengurus Tiket
  • Penolong Pengurus Pusat pelancongan
  • Pegawai Tiket dan Tempahan
  • Operator, Kaunselor atau Pemandu Pelancong