Diploma Pengurusan Perniagaan

PENGENALAN

Diploma Pengurusan Perniagaan diperkenalkan bagi melahirkan pelajar dengan pengetahuan asas pengurusan perniagaan merangkumi semua aspek kemahiran asas dan teori yang secukupnya bagi pelajar untuk mempelajari teknik dan konsep berkaitan dalam bidang ini. Program ini adalah sesuai untuk pelajar yang berminat untuk menceburi karier di bidang perniagaan. Selain itu program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kajian perniagaan serta membina pemikiran yang kritis dalam prinsip dan amalan pengurusan perniagaan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berinovatif dan berdaya usaha dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Projek pengurusan perniagaan turut menyediakan pelajar dengan pengalaman yang bernilai untuk menjadi asas bagi memulakan perniagaan serta mewujudkan pekerja proaktif dalam sebuah organisasi korporat.

MATLAMAT KURSUS
  • Melengkapkan pelajar dengan konsep asas perniagaan, pengurusan sumber manusia, tingkah laku organisasi dan pengurusan yang berinovasi
  • Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam komunikasi, penulisan laporan dan pembentangan kertas kerja
  • Meningkatkan kecekapan pelajar dalam penyelesaian permasalahan korporat secara efektif dan beretika
  • Mengasah kemahiran pelajar menganalisa dan menentukan faktor yang diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan produktif dalam sebuah organisasi korporat

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Penolong Pengurus Produk, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pegawai Bank, Penasihat Perniagaan, Pengurus Operasi Eksekutif, Pengurus Pembelian Barangan dan sebagainya.


Copyright @ 2011-2017 Kolej Cosmopoint Sabah. All Rights Reserved.