YURAN PENDAFTARAN RM200 & DANA PENDIDIKAN TINGGI RM1000 & SPECIAL ALLOWANCE BERNILAI RM1000 DITAWARKAN UNTUK PENGAMBILAN OGOS 2014 INI..

Sunday, 24 July 2011

Diploma Seni Kulinari

PENGENALAN

Diploma Seni Kulinari KLMU memfokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.

Seni Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian dalam bidang hangat di KLMU ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Program ini mempunyai kelebihan yang amat ketara yang tidak terdapat di institusi-institusi lain di Malaysia:
  • Pendedahan kepada aspek latihan yang khusus dan agresif 
  • Kurikulum yang menekankan kepada asas penting dalam bidang kulinari
  •  Membina minat dan ketabahan dalam seni kulinari 
  • Membuka peluang keusahawanan dalam bidang kulinari

PROSPEK KERJAYA

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti hotel, resort, spa, restoran, bistro, catering penerbangan dan perniagaan sendiri. Peluang pekerjaan sebagai chef eksekutif, chef khusus, chef penyelidikan dan pembangunan, caterer, commis, pengkritik makanan dan usahawan.