Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer (A8793)

PENGENALAN
Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah mengenai rekaan grafik. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kreatif berasaskan bahan cetak serta perisian grafik yang terkini. Penekanan diberikan bagi menentukan rekaan sesuai dan berkesan melalui penggunaan warna,unsur dominan,tipografi dan kemahiran pengeluaran untuk membuat rekabentuk serta susun atur yang berkesan bagi memenuhi kehendak industri masa kini. Penekanan juga tertumpu kepada cara penyelesaian masalah grafik dan mempelajari estetik tipografi. Pelajar akan menyediakan portfolio untuk tujuan penilaian profesional.

MATLAMAT KURSUS
  • Menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang grafik dan komunikasi visual
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dengan kebolehan kreatif melalui penerapan intensif mengenai teknik dan alatan grafik
  • Pemahaman pelajar mengenai penggunaan komunikasi visual dalam persekitaran media baharu
  • Membimbing pelajar dalam pengurusan proses rekaan kreatif

Kolej Cosmopoint Sabah



PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pereka Seni Grafik,Animator, Pereka Laman Web,Pengarah Seni dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Lulus SPM dengan 3 kepujian mana-mana subjek.
Lulus subjek PSV.
Wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.



Jika anda berminat Sila reply WHATSAPP ini dengan klik-


Kolej Cosmopoint Sabah