Diploma Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Diploma Teknologi Maklumat akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan, pembangunan perisian, penyelengaraan sistem komputer dan penyelesaian masalah rangkaian setempat. Program ini juga menyediakan pelajar untuk menceburi bidang kerja yang berkaitan seperti di bidang kejuruteraan dan sains komputer kerana pelajar akan didedahkan kepada kesemua aspek penting di bidang pembangunan perisian seperti JAVA, C#, C++, NET, dan XML.

MATLAMAT KURSUS
  • Menyediakan pelajar dengan pemahaman komprehensif serta dapat menerap kemahiran yang berhubung dengan prinsip dan teknik kejuruteraan perisian
  • Membolehkan pelajar memilih amalan yang bersesuaian untuk aplikasi rekabentuk dan pembangunan perisian
  • Membangunkan para pelajar IT yang profesional, pintar, rajin dan cekap yang boleh menyumbang kepada sektor teknologi maklumat di Malaysia

PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pengaturcara, Pembangun Laman Web, Pengurus Pangkalan Data, Eksekutif IT dan sebagainya.



Copyright @ 2011-2017 Kolej Cosmopoint Sabah. All Rights Reserved.