Diploma Seni Pastri (A11392)

PENGENALAN

Diploma Seni Pastri menyediakan pelajar dengan latihan praktikal dalam pengeluaran makanan bagi membangunkan nilai profesionalisme dan kecemerlangan dalam akademik. Pelajar-pelajar dibangunkan dengan kemahiran dalam pembuatan bakeri dan pastri, kawalan kos, sanitasi dan nutrisi pemakanan serta ilmu pemasaran. Pendedahan secara "hands-on" diselaraskan juga dengan kursus-kursus akademik yang konvensional bagi memberi kesan terhadap pengajian yang dinamik sekaligus memastikan graduan menepati kehendak industri.

MATLAMAT KURSUS

Membina kemahiran asas dalam komponen pembakaran dan memahami secara mendalam aspek teori yang menggariskan kompetensi di dalam bidang tersebut.
Menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh tentang seni pastri dan bakeri serta mengkhusus di dalam operasi kulinari.
Mewujudkan kesedaran terhadap industri hospitaliti dan membangunkan kemahiran praktikal yang dikehendaki termasuklah dipersiapkan memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua pasukan dalam operasi kedai pastri.
Membangunkan pelajar dengan kemahiran meluas untuk jawatan di peringkat permulaan selain mengkaji semula prinsip pengurusan industri.

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Lulus SPM dengan 3 kepujian mana-mana subjek.
Wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

PELUANG PEKERJAAN
·        Artisan
·        Perancang Kafe/Katering
·        Chocolatier
·        Pemilik Kafe/Bakeri
·        Usahawan
·        Chef pastri
·        Pengurus bakeri 



Copyright @ 2011-2017 Kolej Cosmopoint Sabah. All Rights Reserved.