YURAN PENDAFTARAN RM200 & DANA PENDIDIKAN TINGGI RM1000 & SPECIAL ALLOWANCE BERNILAI RM1000 DITAWARKAN JIKA MENDAFTAR DARI 1 MAC - 31 MAC 2014..

Pengenalan

Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint telah mula beroperasi sejak tahun 1991 menawarkan program yang memenuhi kehendak dan keperluan terkini. Cosmopoint telah berkembang ke 14 buah kampus metro di bandar-bandar utama di seluruh negara iaitu Klang, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Sungai Petani, Ipoh, Muar, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.Kampus-kampus ini lengkap dengan prasarana moden dan terkini.

Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu telah mula bertapak di Sabah sejak 10 tahun lalu dengan menawarkan kursus-kursus diploma dalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat. Kini Cosmopoint Kota Kinabalu telah mula berkembang dan menawarkan program-program dalam bidang Perniagaan & Pengurusan, Kejuruteraan & Teknologi Maklumat, Hospitaliti & Pelancongan, Pengajian Media, seni Lukis & Seni Reka, Persekitaran Binaan dan Sains Kesihatan.


Cosmopoint menekankan keseimbangan dari segi praktikal, teori dan pendedahan dunia pekerjaan sebenar bagi pemahaman pelajar. Ia juga memberi jaminan laluan ke peringkat ijazah di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Dengan jumlah pelajar yang mencecah 10,000 orang di seluruh negara, lebih 96% daripada graduan Cosmopoint menjadi rebutan para majikan. diharap pelajar dapat merealisasikan impian masa depan bersama Cosmopoint.


Kampus Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint Kota Kinabalu
Level 4, Menara MAA, No.6, Lorong Api-Api 1,
 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

TEL: 088-260991
FAKS: 088-250991



Kampus Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint Kota Kinabalu
Wisma Times, No.2, 1km, Jalan Tuaran Bypass,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
TEL: 088-389004
FAKS: 088-387143