KEPUTUSAN STPM 2016

Keputusan STPM 2016 seluruh negeri telahpun diumumkan pada hari ini dan bagi negeri Sabah menunjukkan peningkatan lulus penuh sebanyak 0.85% atau 98.16% berbanding 97.31% pada tahun 2015. Sebanyak 53 sekolah mencatat kelulusan 100 peratus tahun lalu berbanding 41 buah sekolah pada 2015.
Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 peratus iaitu 2.58 pada 2016 berbanding 2.51 pada tahun sebelumnya, manakala jurang perbezaan GPNK antara Sabah dan kebangsaan semakin mengecil iaitu sebanyak 0.13 (2016) berbanding 0.14 pada 2015.
Calon yang memperolehi kelulusan penuh lima prinsipal adalah seramai 158 orang atau 2.48 peratus berbanding 109 orang (1.80 peratus) pada 2015, empat prinsipal (4,138 orang atau 65.05 peratus), tiga prinsipal (1,025 atau 16.11 peratus), dua prinsipal (585 atau 9.20 peratus) dan satu prinsipal pula adalah 338 orang atau 5.31 peratus.
Untuk menyemak keputusan STPM 2016 anda boleh melayari laman web http://www.mpm.edu.my/ atau melalui sms taip STPM RESULT hantar ke 15888.