Diploma Perakaunan (A9976)


PENGENALAN

Diploma Perakaunan menyediakan pelajar dengan peluang mempelajari teknik yang berkesan serta kemahiran di bidang perakaunan. Program ini menekankan prinsip dan konsep teras perakaunan yang melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran serta pemahaman bagi amalan terbaik dalam aspek perakaunan. Program ini turut menekankan aplikasi ilmu perakaunan untuk kegunaan dalam industri pekerjaan. Pelajar akan mempunyai pemahaman secara profesional dalam bidang kewangan, pengurusan, perakaunan, pengauditan dan pencukaian.

MATLAMAT KURSUS 

  • Melengkapkan pelajar dengan asas perakaunan dan kewangan
  • Mempertingkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam kewangan dan pembentangan kertas kerja
  • Melahirkan pelajar yang berupaya menganalisa permasalahan perakaunan dengan beretika dan berkesan


Kolej Cosmopoint Sabah



PELUANG PEKERJAAN

Setelah tamat program ini, graduan boleh bekerja sebagai Pembantu Kewangan, Perunding Penasihat Kewangan, Pegawai Pinjaman, Penyelia Kewangan dan Penolong Pegawai Kewangan dalam institusi kewangan dan perbankan.

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Lulus SPM dengan 3 kepujian termasuk Matematik.
Wajib lulus Bahasa Melayu, B.Inggeris dan Sejarah.



Jika anda berminat Sila reply WHATSAPP ini dengan klik-


Kolej Cosmopoint Sabah