Diploma Pengurusan Hotel (A11468)



PENGENALAN

Diploma Pengurusan Hotel membangunkan kemahiran dan pengetahuan dalam semua aspek operasi perhotelan. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang aspek teori dan teknikal bagi menyeliakan pelbagai jenis persekitaran hospitaliti. Pengetahuan secara meluas yang ditekankan adalah selaras dengan industri perhotelan kini.

MATLAMAT KURSUS

Bagi melengkapkan pelajar dengan asas-asas pengurusan hotel serta pengetahuan khusus dalam aspek operasi perniagaan hotel di peringkat antarabangsa seperti 'front desk', perkemasan, makanan & minuman, jualan & pemasaran, persidangan dan katering.

Jurusan ini juga melengkapkan graduan memahami pelbagai jawatan dengan kemahiran pengurusan interpersonal, komputer dan teknikal yang merevolusikan kepada industri hospitaliti.

Pengetahuan mendalam yang diperolehi membolehkan mereka membina dan memahami aspek-aspek penyeliaan di dalam pelbagai jenis persekitaran hospitaliti.


PELUANG PEKERJAAN

Pengurusan Hotel , Wakil Hotel
Front Office (Pengurus, Operator, Penyambut Tetamu,  Concierge),
Housekeeping (Peengurus, Penyelia)
Penolong Pengurus/ Penyelia Restoran atau Makanan & Minuman
Eksekutif Jualan
Penyelia & Penolong Pengurus Pusat Persidangan

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Lulus SPM dengan 3 kepujian mana-mana subjek.

Wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.




Jika anda berminat Sila reply WHATSAPP ini dengan klik-


Kolej Cosmopoint Sabah