Bidang pengajian yang berasaskan kerjaya selalunya
menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian. Ini disebabkan permintaan
kerja yang tinggi di pasaran dan ditambah lagi dengan minat yang mendalam dalam
bidang yang ingin diceburi.
Di
Cosmpoint College Kota Kinabalu kami
menawarkan Diploma Seni Kulinari dan Diploma Seni Pastri yang menjadi pilihan hangat
masa kini. Di sini kami amat mementingkan kualiti agar pengajaran yang
diberikan akan dapat membantu pelajar untuk bersedia di pasaran kerja nanti.
Pelajar bukan sahaja di ajar secara teori malahan lebih tertumpu kepada ‘hands
on’ atau amali, latihan dan praktikal.
Dengan kelebihan yang sedia ada iaitu pengiktirafan
sijil dari MQA dan juga JPA, ini akan membantu pelajar yang
ingin mencari peluang kerja di institusi kerajaan.
Di samping pengiktirafan 5 Star dari MyQuest untuk tahun 2016/2017 kepada COSMOPOINT COLLEGE KOTA
KINABALU telah melonjakkan nama kolej ini
setanding dengan kolej-kolej ternama di Malaysia.