Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang
diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan
SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
Asasi, Diploma dan Ijazah.
MISI
a) Mewujudkan dana pendidikan kepada
kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan
kepada mereka.
b) Satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR).
c) Membantu para pekerja Kumpulan Karangkraf dan anak syarikatnya di dalam perkembangan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

VISI
a) Meningkatkan keterampilan,
pengetahuan dan kelayakan para penerima dana melalui program pendidikan formal
yang ditawarkan.
b) Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan membangun.
b) Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan membangun.
OBJEKTIF
a) Membantu pelajar yang kurang
berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke university swasta (IPTS)
b) Memberi peluang kedua kepada
pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA c) Mengurangkan pergantungan kepada pinjaman
pendidikan
INSTITUT PENGAJIAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia dan berumur kurang
dari 25 tahun
2. Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8
Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya
sekurang-kurangnya 3.00
3. Aktif dalam sukan & aktiviti
ko-kurikulum
4. Fasih & boleh menulis dengan baik
dalam Bahasa Inggeris
5. Tidak terlibat dan terikat dengan
mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
6. Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana
institusi
7. Pendapatan isi rumah tidak melebihi
RM5,000.00
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dicetak di laman web http://www.karangkraf.com/dana. Permohonan boleh
dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS.
Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada
tarikh penerimaan.
Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan
adalah seperti berikut:-
1. Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.
2. Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka
hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama);
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS
(surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima);
5. Salinan transkrip keputusan peperiksaan
dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
6. Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai
Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat
Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja –
IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
7. Salinan kad pengenalan / salinan Passport
ibu dan bapa kandung;
8. Salinan kad pengenalan / salinan Passport
PENJAMIN 1 DAN 2;
9. Salinan sijil kematian / Surat Akuan
Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat
dikesan;
HUBUNGI KAMI
Nama
Pegawai :
Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Alamat : Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off
Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-5101 3325/3327
No. Faks : 03-5101 3308
Emel : nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Facebook : Biasiswa Karangkraf
Laman Web: http://www.karangkraf.com/dana